31 December 2013

My Birthday(31121989)

Today is my birthday & end of the year 2013..
>>Sayonara 2013<< & >> Welcome 2014<<
Thanks to all my beloved friends and sweetheart..

Disebalik kegembiraan ada kesedihan..
So, smile always..

26 December 2013

Warna mengikut hari

Sebenarnya entry nak kongsikan tentang 
Warna yang perlu digunakan mengikut hari :

Isnin=Putih
Selasa=Merah Jambu
Rabu=Biru
Khamis=Kuning
Jumaat=Hijau
Sabtu=Coklat
Ahad=Hitam

info diperolehi daripada bos saya.
Sekian..

19 December 2013

Sampaikan

Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..

....Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.

Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"


Ayah: "Silakan."

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."

Anak: "Itu je?"

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."

Anak: "Wah..nak tahu.."

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."

Anak: "Apa dia?"

Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."

Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si anak tersedar dari mimpi.
Linangan air mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah bonda kekal di hati.

4 December 2013

Ahmad Ammar : Kisah sebelum & selepas pemergiannya

Sekadar perkongsian untuk kisahnya..

KISAH SEBELUM & SELEPAS PEMERGIANNYA
(AHMAD AMMAR AHMAD)

Kehidupannya sama seperti remaja lain, aktif bersukan, lasak dan suka melakukan sesuatu yang baru serta mencabar dirinya. Ketika hayatnya, dirinya kurang dikenali, namun tatkala dia meninggal, satu dunia mengenalinya!
Dialah Ahmad Ammar Ahmad Azam, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.
Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.
Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu.
Begitulah juga dengan perjalanan hidup Ammar yang berhijrah dari Malaysia ke Istanbul, yang dikatakan syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar agama Tafsir Risalah An -Nur kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.
Semalam,genap sebulan arwah Ammar, 20, menemui pencipta-Nya, namun kehilangannya masih dirasai sehingga hari ini. Terselit ‘sesuatu’ pada diri Ammar sehinggakan dia diberi kemuliaan sehinggakan ramai orang berebut-rebut mahu mengusung jenazahnya ke tempat persemadiannya.
Mengimbas kembali kisah itu, bapa arwah Ammar, Ahmad Azam Ab Rahman, 53, berkata, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya saat dikhabarkan satu-satu anak lelaki tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan Nur Azlina Abdul Aziz disahkan meninggal dunia.
“Saya sedih dan terkejut. Saya dapat berita itu pada 2 November jam 11.30 malam. Sepanjang malam itu tidak tidur. Keesokannya selepas Subuh ketika dalam ‘flight’ ke Turki, saya dan isteri menangis berganti-ganti, tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Namun, sebaik tiba di Istanbul, perasaan sedih Ahmad Azam bertukar terharu dan bersyukur kerana begitu ramai guru, ustaz serta rakan-rakan universiti Ammar dari Malaysia dan Turki hadir menziarahi arwah anaknya.
“Kami pergi  ke rumah mayat dan pada malam itu, pelajar Malaysia dengan pegawai kedutaan buat tahlil. Jamaah Hayrat juga turut mengadakan majlis,” katanya.
Ahmad Azam tidak menyangka anak lelakinya begitu dimuliakan apabila permohonannya untuk mengebumikan Ammar di Eyub Sultan, ditunaikan.
Ini kerana, tanah perkuburan itu dianggap tempat paling mulia di Turki kerana menempatkan sahabat nabi yang mati syahid.
“Waktu itu terdetik di hati saya bahawa permohonan Ammar itu sangat berat untuk dilaksanakan Jamaah Hayrat. Ini umpama saya beri wasiat; ‘kalau saya meninggal dunia, terus kebumikan saya di makam pahlawan di Masjid Negara’.
“Ammar hanya budak 20 tahun, tidak ada sejarah, orang luar pula, minta tempat sangat diidam-idamkan oleh semua orang Turki. Itu hampir mustahil sampai ada orang Turki kata; ‘anak kamu ini dapat (dikebumikan di Eyub Sultan) ini, tempat kami nak mimpi pun tak berani sebab hampir mustahil, tapi ALLAH SWT membuka dan memuliakan anak kamu’.
“Ketika itu, barulah timbul rasa terharu kerana Ammar begitu dimuliakan ribuan orang Turki termasuklah kerajaan Turki. Rupanya berita kematian Ammar sampai kepada Menteri Luar Turki. Beliau ke luar negara waktu itu. Bila saya pulang ke Malaysia, beliau mengucapkan takziah,” katanya.
Imej Malaysia naik
Berita arwah Ammar, rakyat Malaysia pertama dikebumikan di Eyub Sultan menjadikan negara dipandang tinggi dan sangat dihormati kerana masyarakat Turki menganggap orang luar yang disemadikan di situ, sudah pasti seseorang yang sangat istimewa.
Seorang pendakwah terkenal di Turki yang dikenali sebagai Omer Dongeloglu beri syarahan mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan ALLAH dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan itu turut sama dikongsi ulama lain di Turki.
Perkara itu membuatkan Ahmad Azam dan isterinya tertanya-tanya mengenai ‘kehebatan’ anaknya sehingga digelar sebegitu. Malah, jenazah Ammar juga kelihatan percikan peluh di dahi dan bawah kelopak mata ketika dikafankan – antara tanda kematian yang baik.
“Kami lihat wajah Ammar tenang, seolah-olah sedang tidur. Raut wajahnya kelihatan seperti tersenyum, sesuatu yang jarang kami lihat ketika hayatnya sebab mukanya sentiasa serius seakan-akan sedang memikirkan sesuatu,” katanya.
Persoalan itu akhirnya terjawab apabila rakannya memaklumkan kepada Ahmad Azam bahawa anaknya sudah menamatkan pengajian Tafsir al-Quran Risalah an-Nur, dalam tempoh lapan bulan.
“Saya sendiri tidak pernah tahu perkara ini. Tafsir ini, yang diasaskan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi agak payah dan orang Turki sendiri ambil masa lama untuk tamatkan. Saya sendiri ada tafsir ini, tapi tak habis baca lagi.
“Disebabkan itu, ustaz kepada arwah Ammar ini menjalankan ujian terhadap Ammar dan dia telah lulus, sama mengikut kefahaman mereka. Akhirnya, ustaz mentauliahkan dia dan Ammar sudah boleh mengajar tafsir itu,” katanya
Ahmad Azam, yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, ketika kejadian Ammar dilanggar, ia merupakan hari pertama arwah mengajar pelajar baharu dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.
“Takdir ALLAH, dalam perjalanan hendak mengajar Tafsir Risalah an-Nur, dia meninggal. Saya difahamkan, Ammar sudah melintas ketika itu, namun dia hilang imbangan, lalu terjatuh.
“Dalam beg yang dibawa Ammar waktu itu, dia memang hendak ajar tafsir tajuk pertama iaitu mengenai bab ikhlas sebab hanya sifat ini saja menjadikan semua amalan dapat pahala.
Di sinilah, baru saya nampak kenapa Ammar dimuliakan,” katanya. Ahmad Azam berkata, tiada kesan darah ditemui pada pakaian dipakai Ammar ketika kemalangan tersebut.
“Autopsi dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Hasil pemeriksaan mendapati, tangan kiri dan dua tulang rusuk Ammar patah, serta kecederaan dalaman,” katanya.
Mimpi bertemu bidadari
Dua minggu sebelum kematian anaknya, Ahmad Azam berpeluang bertemu Ammar semasa lawatan urusan kerjanya di Istanbul, namun arwah tidak memberitahunya tentang pengalamannya ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria.
“Rakannya bercerita, Ammar bermimpi bertemu dengan bidadarinya. Dia cakap; ‘Alhamdulillah, ALLAH beri hadiah pada aku dengan bertemu bidadariku. Aku dah mati, aku mati syahid. Tak sabar nak jumpa dengan bidadari,” ceritanya mengulangi kisah diberitahu rakan anaknya.
Dalam nota dicatatkan arwah menerusi telefon bimbitnya, kata Ahmad Azam, ketika Ammar berada di Syria, berlaku pergolakan dalam dirinya sama ada mahu mengangkat senjata atau meneruskan pengajiannya.
“Sebagai bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), soal tembak menembak ini tiada masalah.
Akhirnya, dia melihat tugasnya sebagai pelajar belum selesai. Dia buat keputusan untuk berdakwah. Jadi dia kena balik dan habiskan tugas-tugasnya sebagai pendakwah.
“Sebab itu, kawan-kawannya dalam nada gurauan menggelarkan Ammar sebagai ‘syahid yang tertangguh’. Dua minggu kemudian, Ammar meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, kematian Ammar umpama menghidupkan banyak hati yang terlena terutama golongan muda dan ramai ingin mengikut jejak langkah arwah anaknya.
“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul, wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam), tanam rasa ketinggian pada ALLAH, baca al-Quran setiap hari, solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur dan mempelajari bahasa Turki.
“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu keikhlasan Ammar membuat kerja, lakukan kerja bersungguh sungguh dan suka menolong orang lain,” katanya.

Rakam gambar sebelum meninggal
Sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah Ammar dikatakan banyak bergambar dengan tokoh-tokoh terkenal seperti sasterawan, Datuk Baha Zain dan mengambil gambar di tempat yang dikunjunginya.
Bagi Ahmad Azam, sikap Ammar kelihatan agak luar biasa kerana anaknya bukan seorang yang begitu, tetapi tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa ia adalah ‘kenangan’ yang akan ditinggalkan buat tatapan keluarga.
“Kehadirannya tidak dirasai orang kerana dia seorang pemalu. Kalau dia ada pun, orang tidak akan perasan.
Tapi kali ini dia minta orang tolong ambilkan gambar. Kita tak terfikir, kelakuan itu pelik ke apa, sekarang baharu rasa, ada mesej dia nak bagi.
“Yang paling saya tak jangka, kawan dia hendak siapkan tugasan dan ada masalah hendak cari tokoh korporat. Ammar telah minta bantuan saya untuk bantu rakannya. Ini pun bukan sikap dia. Kami ingat, dia sekarang sudah lebih matang, rupa-rupanya itu tanda dia nak pergi,” katanya.
Menurut Nur Azlina, anaknya sempat menziarahi saudara dan rakannya ketika pulang ke Malaysia selama dua bulan, bermula Ramadan lalu, seolah-olah mahu mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada mereka.
“Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah.
“Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya,” katanya.
Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakann kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu.
“Dia tidak pernah bercerita sesuatu perkara yang membangga dirinya. Kami kenal dia sebagai seorang anak yang merendah diri, terutama dengan orang yang lebih tua daripadanya.
Dia pernah terpilih sebagai pelajar terbaik, tetapi tidak tercalon kerana sikapnya pendiam," katanya.
Tak pernah mimpi Ammar
Dalam keluarganya, Ammar adalah anak keempat daripada lima adik-beradik.
Nur Azlina berkata, tiada tanda-tanda pelik ditunjukkan ketika kali terakhir beliau bertemu Ammar, iaitu semasa menghantar arwah anaknya ke lapangan terbang selepas habis bercuti, pada 22 September lalu, iaitu 40 hari sebelum kematian Ammar.
“Cuma dia ada menyebut, selepas ini dia tidak akan balik lagi. Tiada benda ketara yang disebutnya. Tapi kawannya ada menceritakan yang Ammar ingin mempertingkatkan kerja dakwah kerana masa sudah suntuk,” katanya.
Bagaimanapun setakat ini, Nur Azlina tidak pernah bermimpikan arwah anaknya walaupun ramai orang yang berkongsi pengalaman mimpi bertemu dengan Ammar.
“Sampaikan ada orang kata; ‘saya doakan makcik mimpikan Ammar’. Saya kata; ‘tidak mengapa, yang penting berdoa dan tahu dia (Ammar) dekat dengan hati saya," katanya.
Sebagai tanda memperingati jasa Ammar, pihak Universiti Marmara, Turki menanam pokok di tempat pengajiannya.
Selain itu, Ahmad Azam memberitahu, semua barang milik anaknya ditinggalkan di sana kerana permintaan orang Turki.
“Buku-buku dia semua kami tinggalkan di Turki untuk diletakkan dalam perpustakaan. Baju-baju Ammar pula, habis dibahagikan kepada orang Turki, sebagai kenangan kerana syahid,” katanya.
Hidup dalam keluarga besar
Ammar dibesarkan dalam suasana keluarga ‘extended family’ (lebih dua generasi dalam sebuah rumah) selama 12 tahun. Ammar membesar bersama dengan datuk, nenek dan ramai bapa dan emak saudara kerana dia sibuk bekerja ketika itu.
Bercerita lanjut mengenai kisah putera tunggalnya, Ahmad Azam berkata, arwah anaknya membesar dengan datuk, nenek dan bapa saudara kerana dia dan suami sibuk bekerja ketika itu.
“Dari kecil lagi, Ammar diterapkan dengan ilmu agama dan bersekolah Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Agama Menengah Bestari. Sikap kepimpinan Ammar terserlah apabila dia melanjutkan pelajaran di RMC,” katanya.

25 November 2013

Renungan buat diriku ini..

Dalam hidup ini, semua yang diinginkan belum pasti akan dimiliki. 
Segala perancangan yang dibuat, kadang kala tidak berjalan seperti yang dirancang. 
Perubahan yang berlaku mungkin membawa kebahagiaan kepada kita, namun pada masa yang sama boleh membawa kedukaan yang tiada penghujungnya. 
Namun, harus disedari setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Meskipun pahit untuk ditelan, hati harus tabah menghadapi dugaan yang mendatang. 
Hanya masa yang boleh menyembuhkan hati yang terluka dihiris keadaan yang memaksa. 
Kenangan bersama menjadi pengubat rindu dikala jasad berjauhan. 
Mungkinkah dapat untuk bersua buat kesekian kalinya?...
Perancangan dapat kupastikan, namun kenyataan bukan milikku..

24 November 2013

Coretanku

Ok..hari ini entry nak update..weee..
Done utk mgu ni..
this week pahang, 
next week johor-->nogori-->shah alam..
wah seronok aku pergi jalan2..
sebenarnya nak ucap terima kasih kepada kak siti..
sebab sudi la kan bawa kita g jalan2...
walaupun baru kenal tapi alhamdulilah, ukhuwah yg dibina moga berkekalan..
gambar semua pd kak siti..x amek lagi..nanti2 la ea..
lagi 2 minggu baru nak pulang ke kampung halaman..ececeh..
musim cuti ni..ramai weyh yg mengambil peluang utk melangsungkan majlis perkahwinan..
jeles????
nope la..
insyaAllah ada jodoh xkemana..
walaupun ramai yg tanya..bila nak kahwin..xsabar nak dtg wedding aku..
Ok..InsyaAllah..coming soon..
biasalah weyh..mulut manusia ni kita xblh nak tutup..
tp ada otak tu fikir sikit perasaan org di sekeliling..
jaga hati org..
sebuah perkahwinan bukan semudah kicap ABC taw..
bukan semudah mkn kacang taw..
mestilah kena kukuh seperti nak mendirikan masjid..
kalau xkukuh.. gamaknya bagaimana keadaan masjid tu kan..
Ok la..kalau soal ni mmg x akan habis la kalau aku nak berleter kan..
sabar..sabar & sabar je la..

Ok..sekian..tunggu..next update..

22 November 2013

Ahmad Ammar : Catatan daripada Ayahanda

saya masih teringat semasa Almarhum Anakanda Ahmad Ammar meminta izin untuk menyertai misi Kemanusiaan ke Syria selama 3hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2bulan di Malaysia penghujung September yg lalu. tanpa ragu-ragu saya mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau. "pergilah.. make sure yg penting u take good care of yourself.."

tidaklah saya ketahui sehinggalah dalam pertemuan dgn pelajar-pelajar Malaysia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa-rupanya beliau sangat menginginkan Syahid di Bumi Syria.


Lebih sebak didada apabila sahabatnya berkongsi bahawa semasa disana Almarhum telah bermimpi berjumpa "Bidadari Di Syurga..." Namun, 
Syahidnya tertangguh sehinggalah beliau kembali ke Bumi Al-Fateh.


Berikut adalah catatan Almarhum pada FB beliau :

"Tidak Beriman seseorang kamu selagi tidak mengasihi saudaranya selagi mana dia tidak mengasihi Dirinya sendiri.." -HR BUKHARI

Gambar yg diambil disebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria 29September yg lepas. waktu itu, aku duduk temenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn airmata. sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pakcik yg melayan kami ketika berada disitu. Pakcik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dengan kami tetapi aku dapat merasakan sesuatu dari padangan matanya. lalu tanpa ditanya dia menceritakan yg 2anak perempuannya yg lebih kurang sebaya aku telah Syahid akibat terkena Letupan Bom Tentera Assad tidak lama yg lalu. Innalillahi wainna Ilaihi Rajiu'n.. barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh Rindu seorang ayah buat anaknya. aku dilayannya seperti anak sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara seIslam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yg menderita di Bumi Syam ni. Sungguh Hatiku Tertinggal diBumi Syam !

(Catatan ini telah Almarhum Nukilkan di FB pada 14 Oktober lalu, hampir 3minggu sebelum kembali kePangkuan Rahmat Ilahi...)


Aku suka sangat kisah Ahmad Ammar ini..walaupun beliau bukan sapa-sapa dgn aku..tapi aku suka akan kisahnya yg sanggup memperjuangkan agama islam..Allahuakbar..bangga sgt anak muda(melayu-islam)..Moga Almarhum ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Beliau seorang mujahid..

21 November 2013

Ahmad Ammar : Jom ikuti kisah beliau

AHMAD AMMAR AHMAD AZAM

Kisah pemergian seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang meninggal dunia dalam kemalangan di kota Constantinople cukup memberi kesan kepada semua orang. Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak. Saya sendiri sebak apabila membaca kisah anak muda ini. Bertambah sebak apabila melihat video di youtube.
Subhanallah, hebatnya anak muda ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya. Tabah hati si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi menemui penciptanya… “Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain bahawa kamu adalah ibu bagi anak yang syahid”
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam1
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.
ahmad ammar shahid
Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.
Impian Ammar, adalah realiti kita. Al-Fatihah.
GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 – 2013)

Kesimpulan dari saya..
setelah menonton+membaca kisahnya..memang betul apa yg org kata, beliau adalah pemuda harapan bangsa..pemergiannya telah membuat semua org amat terasa akn kehilangannya..seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki..susah nak cari pemuda begini skrg..persoalannya, mampukah utk aku menjadi seperti beliau..mungkin boleh..mungkin tidak..yg penting diri sendiri yg boleh mengubahnya..usaha+tawakal=doa..tersentuh dgn pengorbanan yg telah dilakukan olehnya seperti zaman-zaman nabi2 terdahulu..semoga beliau ditempatkan di syurga yg plg teratas.
.AL-FATIHAH BUAT >> ARWAH AHMAD AMMAR <<
pemergiannya memberi pengajaran yg amat berguna buat kita seorg islam..
times up(ms rht dh abes..)

10 September 2013

Coretanku

Hari ini entry nak update blog..wee..lama x update..almaklum la bz..kihkih..

02.09.2013..
Bermulalah kehidupan sebagai seorang wanita bekerjaya(ecewah)..hihi insyaAllah..
Sebenarnya, practical trainee je..aku praktikal kat shah alam..dalam industri IT..
First day, i have new task already..alhamdulilah xda la nak dok melangut je dulu..
InsyaAllah apa yg aku belajar masa kat u dulu akan aku apply kan dalam kerja aku ni..
Bos pon alhamdulilah baik..pagi-pagi dtg lps kena interview..bos belanja breakfast uollss..
aku ni mmg la xsapan lagi..rezeki weyh..tp hari ni staf-staf yg lain xda..dorg semua g officetrip..baru ptg td pulg..best woo..lambat sikit je masuk, kalo x blh join..pape pon xkesah..tp td bos ada ckp..nanti buat trip utk aku pula..haha..best wooo..terasa dihargai..
I learn something new..

Ok..setakat ini shj yg entry akan update..next..wait k...

1 August 2013

Ibuku buta sebelah mata! Hayatilah.

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… 
Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu 
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak
pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau 
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah 
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 
mungkin tidak tahu…. 
Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

Dengan kasihku kepadamu…
IBUMU…

Sabda Rasullah SAW 
Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!


Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada..Doakan lah setiap hari kepada mereka..Hargai & ingat lah setiap pengorbanan terhadap kita.

21 July 2013

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

InsyaAllah akan aku jadi seorang pemaaf sentiasa & juga memaafkan..sesungguhnya aku hanya insan yg kerdil..yg perlu dibimbing ke jalan yg lurus..doakan aku menjadi insan yg suka memafkan dan pemaaf..jgnla biarkan hati ini menjadi pendendam..InsyaAllah dengan izinNya..

Peringatan Sentap

  1. Sanggup kejutkan anak2 bangun sahur tapi biar mereka tidur tanpa solat subuh.
  2. Sanggup puasa hingga lewat petang tapi solat fardhu lintang pukang.
  3. Tujuan puasa utk menyucikan diri tapi masih dedah aurat sana sini. Puasanya tidak membekas di hati.
  4. Sanggup berduyun duyun dtg solat sunat Terawih di surau/masjid tp solat fardhu tidak pula mahu berjemaah.
  5. Sanggup baca Qur'an hingga khatam tiap2 tahun tapi isi Qur'an tidak di pedulikan
Huhh..memang sentap..buat peringatan utk diriku & lain2.

18 June 2013

Seorang Wanita

Seorang Ikhwan berkata,
Aku cemburu melihat WANITA
Kerana WANITA sering dijaga dengan RAPINYA!
Banyak HIKMAH andai AURATnya terjaga,
Banyak LELAKI yang sudi menjaga WANITA,
Banyak UNDANG-UNDANG melindungi wanita,
Banyak SYURGA tercipta untuk WANITA,
Hanya menjaga 4 perkara WANITA bisa masuk mana2'' PINTU SYURGA,
Jaga SOLAT, jaga PUASA, jaga KEHORMATAN diri, dan taatilah SUAMI tercinta,
Bersyukurlah kita karena dilahirkan sebagai seorang WANITA
★═══════ ●● ═══════★★═══════ ●● ═══════★★
 ═══════●● ═══════★★

Perkongsian Ilmu Bersama

۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞

Memakmurkan rumah dengan berbagai amalan soleh berupa zikir, bacaan quran dan lain-lain.

Beliau juga bersabda:

لا تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِيْ تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ

”Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaithan itu akan lari dari rumah yang dibacakan padanya surat Al-Baqarah”
[HR. Muslim no. 780].



اقْرَأُوْا سُوْرَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلا تَسْتَطِيْعُهَا الْبَطَلَةُ


”Bacalah surat Al-Baqarah, keranana membacanya akan mendatangkan barakah dan meninggalkannya berertikerugian. Tukang sihir tidak akan boleh berbuat jahat kepada pembacanya”
[HR. Muslim]

10 June 2013

Coretanku

Exam - TITAS

Pada 10.06.2013, isnin bersamaan 1 syaaban 1434h..dg lafaz bismillahirrahmanirrahim..hari ini bermulalah exam yg 1st pd sblh ptg jam 3.30 ptg..segala usaha yg telah ku lalui ku bekalkan dgn doa dan tawakal..insyaAllah, mudah-mudahan aq blh menjawabnya dgn tenang..aq yakin dgn perancangan yg Allah buat utk diriku ini..walupun study tu xbrp sgt hard la mcm org lain tp insyaAllah aq akn berusaha buat sehabis baik..pray for me ea..ok, lets continue study..hihi..
besok sambung lg..kihkih..assalamualaikum..

18/6/2013
Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..Syukur Alhamdulilah sudah selesai 3 paper..lg 2 menanti..harap2 dapat buat sehabis baik..belajar dr kesilapan, jgn mngenang perkaara yg sdh berlaku tetapi jika memperbaikinya lebih bgs..ok lah ngntok..nk top up tdo jap..hihi

9 June 2013

Kisah seorang abang(along)

Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis... sangat sedih korang..

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...

sedihkan..hargailah sebelum ianya tiada.
Sekadar perkongsian bersama..
 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..