18 December 2011

Cybercamp FTSM 2011

Kali ini nak update blog lagi & lagi..hihi
dah lama nak update pasal program cybercamp ni..tapi terlupa je..
Sebenarnya sebelum ni..rasa malas nak join tapi apa salahnya kita support fakulti buat program..

haha..ni lah sebahagian daripada pelajar FTSM first year yg join..
walaupun dlm kuantiti yg sedikit..tp enjoy je..

Ok..ni semua peserta+AJK yg terlibat dlm menjayakan program ini..
semua ada except photografpher laa..
hihi..xpe..kalo org yg suka ambil gambar ni biasanya xsuka interframe..
sesuka je aku..
mana tau..dlm hati nak jugak..ok abaikan..

Ok..tamat sudah kisah utk program kali ini.
i will update next..wait k..

17 December 2011

15 Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu

  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
  8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.  
Sekadar perkongsian sahaja..terima kasih kerana sudi membaca.
Ok..sekian..next update..tunggu..

10 December 2011

Gerhana Bulan Penuh

Tarikh: 10/12/2011, Jam: 8.46 Malam

Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini.

Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.

"Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid...


"Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

"Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar," jelas kenyataan itu lagi.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

"Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

 
Sumber : Utusan Malaysia
**Bersama-sama kita menghayati gerhana bulan penuh dengan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah..

6 December 2011

Coretan Hati

  • Kenapa kawan-kawan saya cakap saya sentiasa nampak cool dan tenang sahaja.
  • Mereka suka tengok cara saya sebab mereka kata saya seorang yang tidak mudah putus asa dan tidak cepat melatah dengan apa yang setiap kali saya lakukan, dan saya sentiasa senyum.
  • Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu di dalam hati & sanubari ku ini..
  • Sebab itulah saya suka kan senyuman yang manis kerana senyum boleh membuatkan hati saya tenang.
  • Tetapi kadang-kadang ada sesetengah orang yang suka salah anggap.
  • Biasalah manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, begitu juga saya.
  • Hati saya sangat risau sebab peperiksaan akhir hampir tiba.
  • Projek saya masih ada dua minggu lagi untuk disiapkan, Ya allah permudahkanlah segala urusanku.
  • Hari ini dalam sejarah, pembentangan bagi subjek pembangunan diri amat mengecewakan kerana persiapan tidak dilakukan. Tetapi semua itu telah berlalu dan saya redha. Terdetik dalam hati begitu menyesal sekali kerana tidak melakukan persiapan. Tetapi apa kan daya..kesilapan dari diri sendiri..huhu..
  • but still ok
  • Setakat ini, coretan hatiku..next update..tungguuu..

Isu IT

Entry ingin memberitahu tentang forum web yg khusus membincangkan isu-isu Teknologi Maklumat (IT) boleh dilayari di http://www.ok2it.net.

Kategori topik forum tersebut adalah seperti berikut:


Laman Web

- Penghosan Web ( Web Hosting )
Bincang-bincang mengenai segala aspek penghosan web seperti panduan pemilihan penghos, pengalaman dengan penghos samada baik atau buruk, Soal jawab atau apa sahaja bahan yang berkaitan.


- Nama Domain ( Domain Name )
Bincang-bincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan nama domain seperti pendaftaran, jual beli, penilaian ( appraisal ), undang-undang dan soal jawab.

- Aturcara ( Programming )
Bincang-bincang mengenai bahasa pengaturcaraan web seperti PERL, CGI, PHP, Javascript, HTML dan lain-lain. Soal jawab dan pengalaman dalam pengaturcaraan web adalah antara isu-isu yang menarik.

- Pembangunan & Penyelenggaraan ( Development & Maintenance )
Bincang-bincang mengenai usaha, pengalaman, masalah dan soal jawab  mengenai pembangunan laman web seperti teknologi baru, tips dan ulasan juga penyelenggaraanya seperti promosi, utiliti utk pengendali dan
sebagainya.
Dunia Teknologi Maklumat ( Information Technology )


- Kerjaya & Peluang Kerja ( Career & Jobs Opportunities )
Bincang-bincang mengenai kerjaya IT seperti pilihan kursus, masa  depan pekerjaan, pusat pengajian yg baik dan peluang kerja seperti  mencari pekerjaan dan menawarkan pekerjaan.

- Bantuan Teknikal ( Technical Assistance )
Bincang-bincang dan soal jawab mengenai apa sahaja masalah berkaitan perisian, perkakasan, khidmat atau teknologi IT.

- Teknologi dan Tren ( Technology and Trend )
Bincang-bincang mengenai teknologi, produk terbaru IT dan hala tuju industri Teknologi Maklumat serta apa-apa permasalahan dalam industri ini.

- Peluang Niaga ( Business Opportunities )
Bincang-bincang mengenai peluang-peluang menambah pendapatan, penjualan dan pemasaran produk / khidmat, kerja-kerja freelance dan apa-apa isu yg boleh membawa keuntungan berpunca dari IT
Dunia dan Anda ( The World and You ) 

-Apa-apa sahaja!
Bincang-bincang mengenai apa-apa sahaja isu yg menarik.
Saya ingin mempelawa anda menyertai forum tersebut samada untuk  mendapatkan pengetahuan atau berkongsi pengalaman dan ilmu anda dengan  pengguna-pengguna lain.

Artikel - Sos DNA babi diletak sebaris produk halal

PRODUK jenama Tabasco dan HP Souce diletak sebaris dengan barangan halal di sebuah pusat beli-belah di Kelantan.

Pengguna mahu pemantauan elak umat Islam keliru, tertipu.

KOTA BHARU: Meskipun disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa sos jenama HP Souce dan Tabasco mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi, namun masih ada peniaga tetap menjual dan meletakkan produk itu sebaris dengan produk sos halal yang lain.


Tinjauan Berita Harian di beberapa pasar raya di bandar ini mendapati sos jenama HP Souce dan Tabasco itu diletakkan secara terbuka di rak bersama produk halal lain dipercayai untuk mengaburi masyarakat. Suri rumah, Muji Hassan, 56, yang mengakui dia sendiri tidak menyedari produk itu disahkan mengandungi DNA babi berharap pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan hanya produk halal dijual sebaris dengan barangan halal, bukan sebaliknya. 

Mengakui dia sendiri pernah menggunakan sos jenama itu untuk membuat pizza, Muji berkata, JAKIM dan pihak berkuasa termasuk peniaga perlu bertanggungjawab bagi memastikan masyarakat didedahkan dengan maklumat seperti itu.

“Sepatutnya pihak bertanggungjawab perlu sentiasa memantau produk yang diharamkan di pasaran, ini kerana tak semua orang tahu mengenainya apatah lagi orang seperti mak cik yang tak tahu menggunakan internet dan jarang sekali membaca surat khabar,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini akhbar melaporkan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk itu.
Peniaga, Nik Amindin Nik Salleh, 36, kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang tidak peka dan sengaja meletakkan produk berkenaan sebaris dengan jenama halal di negeri ini.

Berikutan itu, dia mencadangkan supaya pasar raya mempamerkan senarai barangan yang disahkan mengandungi DNA babi dan produk diharamkan untuk umat Islam, sekali gus mengelak daripada membelinya.

“Bagi yang tak tahu, mereka mesti akan terus membelinya tanpa berfikir panjang kerana ia diletakkan sebaris bersama dengan sos lain yang halal.



“Saya juga mencadangkan supaya dibuat satu papan tanda khas di pasar raya berhubung dengan pengharaman sesuatu produk oleh JAKIM, cara ini tentunya membantu umat Islam mengetahuinya dengan jelas. Apa guna diharamkan tapi ramai yang tak tahu dan pemantauan pula kurang,” katanya.


Sumber daripada Zulkifle Che Abdullah,
bhkb@bharian.com.my
2011/12/05


Artikel - Selesaikan Masalah Rakyat

50 peratus kemenangan bergantung kepada kejayaan atasi isu setempat

HUTAN MELINTANG : Separuh daripada kemenangan seseorang calon wakil rakyat bergantung kepada keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan masalah setempat kawasan yang diwakilinya.  


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jika seseorang calon gagal memperoleh 50 peratus kemenangan itu, sokongan dan kemenangan untuk pilihan raya umum akan datang tidak akan dicapai.
“Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau (calon) rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai murid Sekolah Kebangsaan Sungai Keli, di sini, semalam.

Bagi mencapai matlamat itu, Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga Naib Presiden UMNO akan memantau mana-mana bahagian yang menghadapi masalah dalaman sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


“Kita tidak mahu masalah berkenaan boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu kecundang dalam pilihan raya nanti. Masalah pada peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dalam tempoh yang segera.

“Kita sudah pun mengenal pasti UMNO Bahagian yang bermasalah dan kawasan itu akan dipantau secara berterusan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan pada pilihan raya umum nanti diharapkan tidak melakukan sebarang perbuatan mensabotaj calon yang sudah ditentukan pucuk pimpinan parti.

Katanya, ini adalah satu pendekatan baru diambil kira pucuk pimpinan untuk memilih muka baru dengan menaruh keyakinan semua pihak harus bekerjasama dalam satu pasukan bagi kemenangan parti dalam PRU 13.

“Semua ahli parti hendaklah mengambil sikap menyerahkan 100 peratus keyakinan kepada pucuk pimpinan yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon memenuhi kriteria selepas mendapat maklum balas peringkat akar umbi,” katanya.


Sumber diperolehi oleh Abu Bakar Al Sidek,
bhnews@bharian.com.my
2011/12/05

Artikel - Kenapa Perlunya Website?

Salam semua..hari ini entry akan berkongsi mengenai kenapa perlunya laman web? galeripelaburanpelaburan
Pada era masa kini, memiliki sebuah laman web merupakan salah satu elemen terpenting yang tidak harus dipandang ringan terutamanya bagi mereka yang mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Adakah anda masih menjalankan perniagaan secara tradisional? Mengapa tidak gabungkan tradisional + online? Atau anda ingin menjana pendapatan tambahan mudah dengan hanya bermodalkan sekali sahaja iaitu belajar membina website, seterusnya anda mampu memiliki laman web sendiri dan menjual produk anda secara online ke seluruh dunia.

Tahukah Anda? dengan memiliki website di internet, secara automatik anda sebenarnya menjual produk anda ke serata dunia tanpa batasan. Perniagaan anda akan lebih dikenali dan di geruni pesaing. Di samping itu, secara tidak langsung anda dapat mengurangkan kos promosi anda seperti flyers, katalog dan sebagainya kerana anda boleh meletakkan produk atau perkhidmatan di laman web anda sebanyak mana yang anda suka.

Anda tidak perlu menyewa kedai, mengupah pekerja dan sebagainya. Semuanya berjalan secara automatik dan online.

Memiliki laman web akan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda selain meningkatkan pendapatan syarikat / produk anda.

Selain itu, laman web tidak terhad untuk satu jenis penggunaan sahaja, anda boleh membina pelbagai jenis laman web seperti laman web kedai online, pengiklanan, portal komuniti dan banyak lagi.

so..mudahkan kalau marketing menggunakan website..just ada internet.. komputer.. duit(opkoz ler)..sebenarnya entry pon baru-baru sahaja nak belajar..so..kita samalah..hihi..

Ok..sekian drpd entry..next update..tunggu..

 

1 December 2011

Artikel - Mampu bentuk jati diri mahasiswa

Ok.. hari ini..entry akan update satu artikel tentang mahasiswa..selamat membaca..
>>>
SEGELINTIR mahasiswa apabila tidak berjaya memperoleh tempat di kolej kediaman, pasti merasa gundah dan bimbang serta dihantui pelbagai persoalan sama ada mampu atau tidak hidup berdikari.

Selepas selesa tinggal di kolej dengan segala kemudahan, kemudian terpaksa pula keluar, tentunya banyak cabaran menanti, sekali gus menguji kekuatan emosi dan fizikal berdepan kerenah persekitaran baru.


Bagaimanapun, ada yang melihat peralihan ini sebagai cabaran dan lumrah bagi mahasiswa selain menganggapnya sebagai langkah pertama berdepan realiti dunia kehidupan.


Malah, ada gembira dengan alasan tiada kongkongan, dapat menyelia kehidupan mengikut acuan sendiri dan merasai kehidupan berdikari dengan rakan sebaya.

Persoalannya, benarkah tinggal di luar lebih selesa dan sering menjadi pilihan mahasiswa? Atau mereka terpaksa melakukannya kerana tidak mempunyai pilihan lain?

Mahasiswa Fiqh dan Fatwa, Fakulti Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, Wan Haizum Wan Hamzah, berkata dia lebih selesa tinggal di luar kerana tidak terikat dengan pelbagai peraturan selain bebas mengurus kehendak peribadi tanpa menyalahi undang-undang kolej.


Menurutnya, tinggal di luar bukan saja membantunya berdikari, malah memperoleh pelbagai pengalaman baru yang silih berganti hasil pergaulan dengan masyarakat sekitar.

“Pilihan ini memang tepat dengan kehendak hati saya kerana berasakan lebih mudah membuat keputusan sendiri tanpa mengganggu rakan atau peraturan kolej. 
Bagaimanapun, bukan bermakna saya boleh bebas semahunya kerana yang penting masih ada ruang peribadi.

“Keseronokannya juga berlainan kerana ada perbezaan hidup bersama rakan sebaya dengan masyarakat pelbagai latar belakang. Di luar, kami perlu lebih toleransi, menjaga tatasusila selain nama institusi diwakili.

“Dengan kata lain, meskipun ada kebebasan, ia perlu dibayar dengan harga lain, jadi terpulanglah untuk memilih sama ada hidup di kolej atau di luar kerana kehendak sendiri pasti berbeza,” katanya.

Bagi mahasiswa, bukan sesuatu yang janggal apabila terpaksa menyewa di luar kampus apatah lagi bukan semua institusi mampu menyediakan kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian.

Hanya mereka yang memenuhi kriteria kelayakan saja memperoleh keistimewaan itu menyebabkan sebahagian besar terpaksa mencari rumah sewa.

Berkongsi pengalaman awalnya, dia berkata terpaksa berhempas pulas mencari rumah sewa yang mampu dibayar selain mengeluarkan lebih belanja untuk membeli peralatan rumah.

“Tinggal di kolej semuanya tersedia tapi di luar, semuanya sendiri. Bagi yang bernasib baik, mendapat rumah sudah ada kelengkapan, namun sewanya pula mahal.

“Memang janggal apabila terpaksa menguruskannya sendiri apatah lagi dengan rakan yang juga tidak mempunyai pengalaman. Bagaimanapun, ia tetap menyeronokkan kerana kami berkongsi pendapat dan pandangan selain rasa teruja menjalani kehidupan bujang,” katanya mengakui keseronokan tambah berganda apabila memperoleh rakan baru yang tinggal berdekatan.

“Jika di kolej, kebanyakannya jarang bertegur sapa dan kurang mengenali satu sama lain kerana terlalu ramai, sebaliknya tinggal di luar pula kerap bertemu. 
Secara tidak langsung menjadi rakan merangkap jiran.

“Perhubungan juga lebih mesra kerana boleh berkongsi suka duka dengan rakan ‘sekepala.’ Selalunya, kebanyakan rakan penyewa adalah mereka yang sudah lama dikenali, jadi kurang masalah,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui ada juga kekurangan tinggal di luar terutama dari segi keselamatan dan peningkatan perbelanjaan bulanan atau harian.

Menurutnya, tinggal di kolej kediaman, keselamatan terjamin kerana ada yang memantau tapi di luar, semuanya bergantung pada diri sendiri selain terpaksa menanggung kos luaran yang meningkat.

“Sewa perlu dibayar setiap bulan selain tambahan pelbagai kos sampingan. Bagi kami yang masih tidak mempunyai pendapatan tetap, ia menyeksakan selain menyusahkan ibu bapa.




“Soal keselamatan juga sangat minimum, masing-masing perlu menjaga diri sendiri terutama perempuan. Inilah antara cabaran getir terpaksa dihadapi apabila tinggal di luar walaupun tetap ada keseronokannya.

Mahasiswa Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Rohaida Abdul Manaf, turut berpendapat hidup di luar lebih membentuk kekuatan diri selain menjadikan mahasiswa berdisiplin.

“Bayangkan, segala kesusahan perlu ditanggung sendiri, tiada yang mengambil berat. Bukankah itu satu pelajaran baik untuk membentuk jati diri?

“Kami juga perlu bijak membahagikan masa kerana kebanyakan rumah jauh dari kampus, justeru sesiapa yang beringat pasti berjaya, namun jika sebaliknya berlaku,” katanya.

Persoalan golongan mahasiswa yang tinggal di luar kolej mudah terbabit dengan gejala sosial bagi Rohaida semuanya atas kehendak dan kawalan diri masing-masing.

Pengaruh itu, katanya boleh menular di kepada sesiapa saja tanpa mengira latar belakang, pangkat, status atau usia.

“Jadi terpulanglah pada individu untuk mencegah diri sendiri daripada menjadi mangsa. Tidak bermakna apabila tinggal di luar, mudah terbabit dengan gejala itu biarpun tidak menafikan ia masih berlaku.

“Paling penting, bagaimana cara mengelaknya seperti pemilihan rakan serumah dan pemantauan jiran atau keluarga. Tinggal di luar bukan bermakna bebas sepenuhnya.

“Bagi saya, sama ada tinggal di luar atau kolej, ada kekurangan dan kelebihannya. Perjuangan paling utama adalah menamatkan pengajian, sekali gus memulakan kehidupan sebenar selepas itu,” katanya.

>> Sumber diperolehi Oleh Ruhaiza Rusmin, dari Harian Metro <<
 

Ok..sekian drpd entry..next update..tunggu..

Welcome December & Good Bye November

  • Hari ini, merupakan lembaran baru buat bulan disember dan semalam adalah penutup bagi bulan november.
  • Antara diam tak diam, sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Banyak yang perlu dikejar untuk mengecapi kejayaan.
  • Perjuanganku masih belum selesai.
  • Peperiksaan akhir tahun semakin hampir, semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan memberi kesabaran dalam menepuh ujianmu.
  • Semoga lebaran baru, tahun islam baru ini dapat memberi semangat kepada diriku.
  • Jadi senyumlah dengan seikhlas hati, kerana senyuman dapat mengembalikan ketenangan kepada kita.
Ok..sekian daripada entry..next update..tunggu..
 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..