23 January 2014

Artikel - Fesyen, Teknologi Bergabung

Boleh dikatakan, tahun 2014 bakal membawakan lebih banyak istilah penggunaan ‘peranti boleh pakai’ atau ‘wearable technology’ yang membawa gelombang baru dalam industri teknologi di dunia.
Istilah peranti boleh pakai ini merujuk kepada teknologi elek­tronik atau komputer yang dimasukkan dalam kategori fesyen pakaian dan aksesori yang selesa dipakai pada badan.
Peranti boleh pakai ini berupaya melakukan banyak tugas peng­komputeran sama seperti telefon pintar dan laptop, namun dalam beberapa senario, ia mampu
me­ngatasi kebanyakan peranti mudah alih yang biasa kita gunakan setiap hari.
Teknologi peranti boleh pakai lebih cenderung untuk menjadi canggih daripada teknologi peranti dalam tangan seperti telefon di pasaran hari ini memandangkan fungsinya yang boleh memberikan ‘deria’ dan mengimbas badan yang tidak biasa dilihat dalam telefon pintar dan laptop.
Misalnya, ‘biofeedback’ dan fungsi pengesan fisiologi yang digunakan dalam sektor kesihatan. Secara amnya, peranti boleh pakai akan mempunyai beberapa bentuk keupayaan komunikasi dan membolehkan akses kepada pemakai­nya bagi mencapai maklumat dalam masa nyata atau sebenar.

Keupayaan input data menjadi antara ciri utama peranti sedemikian seperti simpanan domestik.

Contoh lebih dekat peranti boleh pakai termasuk jam tangan, cermin mata, kanta sentuh, e-tekstil dan fabrik pintar serta topi.

Tidak terhad, ia turut merang­kumi barang kemas seperti cincin, gelang dan alat bantuan seperti alat pendengaran yang direka untuk kelihatan seperti anting-anting.

Meskipun peranti boleh pakai cenderung untuk merujuk kepada barang yang boleh disenaraikan tadi, terdapat konsep versi yang lebih inovatif seperti peranti yang diimplan.

Misalnya, mikrocip yang memperluaskan definisi peranti boleh pakai kepada alat yang dipakai atau dimasukkan dalam badan.

Sehingga kini, tujuan teknologi peranti boleh pakai lebih kepada mewujudkan akses berterusan, mudah, lancar dan mudah alih kepada elektronik dan komputer.

Implikasi dan kegunaan keba­nyakan alat ini boleh mempengaruhi bidang kesihatan dan perubatan, kecergasan, penuaan, kurang upaya, pendidikan, pengangkutan, perusahaan, kewangan, permainan dan muzik.

Matlamat teknologi peranti boleh pakai dalam setiap bidang terbabit lebih kepada menggabung­kan produk elektrik yang berfungsi dengan lancar, elektronik, mudah alih dan mempunyai sifat komputer dalam kehidupan seharian individu.

Sebelum kehadiran mereka dalam pasaran pengguna, peranti boleh pakai sudahpun digunakan terutama dalam bidang teknologi ketenteraan dan memberi implikasi yang paling besar untuk kesihatan dan perubatan.

Malah dalam 10 tahun yang lalu, jurutera perubatan sudah memulakan serta mengiktiraf peranti boleh pakai bertujuan memantau kesihatan pesakit dalam bentuk ‘melekatnya’ atau menjadikannya pakaian bertujuan untuk memantau tanda penting sebelum menghantar maklumat biofeedback ke stesen hab dalam masa sebenar.

Walaupun peranti dipakai berpotensi mempunyai kesan dalam bidang kesihatan dan kecergasan, teknologi terbabit sebenarnya menjanjikan impak besar ke atas permainan dan hiburan.

Realiti tambahan dan teknologi peranti boleh pakai mampu disepadukan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih realistik dan mendalam pada masa nyata.

Konsep ini tidak semesti­nya baru, ditambah realiti melalui penggunaan peranti boleh pakai telah dibincangkan sejak akhir 1990-an apabila beberapa jurutera berjaya menghasilkan prototaip daripada teknologi besar seperti cermin mata dan beg galas.

Jika reka bentuk dalam telefon bimbit dan kamera digital pada masa ini dianggap teknologi moden, maka petunjuk untuk masa depan pastinya kini terarah kepada peranti boleh pakai yang berupaya mengubah fesyen dan digabungkan dalam teknologi.

Ia jelas sudah terbukti dengan pembangunan peranti pintar baru, Google Glass yang mempunyai reka bentuk ringan. Oleh kerana potensi dalam bidang ini terus berkembang, kesan peranti boleh pakai dalam sosial dan budaya jelas akan berubah.

Melihat keberkesanan teknologi seperti telefon pintar, iPod dan tab­let yang mengubah landskap teknologi dan sosial pada skala global, tidak mustahil teknologi peranti boleh pakai akan menjadi fenomena biasa di dunia.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07, Sumber Oleh : Afiq Hanif

16 January 2014

Tamat Latihan Industri

Assalamualaikum semua kaum muslimin & muslimat yg dirahmati Allah selalu..

Syukur Alhamdulilah kepada Maha Pencipta..
Tamat sudah latihan industri di syarikat Kalis technology..
5 bulan masa berlalu dengan pengalaman beserta kenangan manis & pahit..
Tahniah juga diucapkan kepada kawan2 yang turut tamat untuk latihan industri sesi ini..
Tetapi..
Aku masih lagi di syarikat ini membuat part time sehingga akhir bulan januari ini..
Terima kasih semua warga kalis yang telah menerima kehadiran diri ku ini (cehhh..ayat xnak kalah..saje drama..haha)..banyak pengalaman & tunjuk ajar yang diberikan selama menjalani latihan..
Selepas ini, aku akan bergelar seorang pelajar kembali..
Doakan kejayaan aku beserta rakan-rakanku yang disayangi..
Boleh fikir utk ber'FYP' pula..

Ok..sekian, terima kasih..
aweensyazwina

14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

..Mari berselawat..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ      Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا    Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ  Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ    Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ      Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي   Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ   Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ    Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ    Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد  Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ         Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ       Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ      Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ   Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ    Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى  Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا   Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ    Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ      Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد   Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ  Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya..

13 January 2014

Club Laser Online Supplier

Party will not be fun without club laser. Night club will also look plain and dull without the spectacular impression shown on laser light. Laser light can give such important usage. People can feel so much entertained to be in a fun place that lighting is designed to give fun impression. Therefore, laser light is always employed in a spectacular event. On a big stage, laser can also give a better drama. The art performance on stage will look so much dramatic with the right laser lighting. A show on fashion or many others will also look cool with laser lighting. In clubs and parties, club laser is definitely a must supplied feature.

Artikel - Mengurus perbezaan agama, bangsa


Hakikatnya, manusia berbeza-beza dari segi bangsa, jantina, agama dan budaya. Al-Quran menyebut perbezaan ini sebagai satu daripada tanda keagungan Allah SWT bagi mereka yang sentiasa berfikir mengenai kebesaran-Nya (Ali Imran, 190). Di samping makna kerohanian, kepelbagaian kaum juga mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Ia boleh menjadi faktor kemajuan dan kehebatan sesebuah negara. Tidak kurang juga menjadi faktor pemusnah dan kesengsaraan sekiranya ia tidak diurus dengan baik. Sri Lanka misalnya menghadapi perang saudara selama 25 tahun, kerana perbezaan agama dan bangsa. Begitu juga di Rwanda antara puak Hutu dan Tutsi pada 1994 dan perang Bosnia pada 1992 dan baru-baru ini masyarakat Islam Rohingya turut menjadi sasaran penindasan agama dan bangsa di Myanmar. Dari segi komposisi penduduk, Malaysia tidak jauh beza dengan negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk. Tapi perkara seperti itu tidak berlaku. Antara faktor utamanya ialah kebijaksanaan pemimpin terdahulu yang terdiri pelbagai kaum dan agama. Mereka berjaya mencipta formula bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

11 January 2014

Mana Mak???

MANA MAK .....
" Before baca, sila sediakan Tisu " :)

Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak,


“Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



10 January 2014

Tazkirah Jumaat

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali, Ia akan menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)

9 January 2014

Lemah Lembut Sifat Mulia

Garang, bengis, kasar, bahasa kesat dan suara yang tinggi, sudah semakin lumrah.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Lembut, yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu lemah lembut dan tenang”. (HR. Muslim)

Allah berfirman, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalam, dan bahagian dalam dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT menyediakannya untuk orang yang suka memberi makan orang miskin, orang yang lembut dalam berbicara, orang yang suka berpuasa dan orang yang mengerjakan solat di malam hari waktu manusia lain sedang tidur”. (HR. Tirmidzi)

Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah SAW berkata dalam khutbahnya, "Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan bertindak mengikut hukum. Keduanya,orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim. Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta- minta". (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.

7 January 2014

Matematik vs Logik

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud

6 January 2014

Sikap Positif..Menuju Kejayaan

Sepasang suami isteri mempunyai dua orang anak lelaki yang telah meningkat remaja. Keluarga itu menjalankan perniagaan kedai runcit. Perniagaan mereka semakin hari semakin maju dan si ayah membuka satu lagi cawangan yang tidak jauh dari kedai pertama.

Malangnya, tidak lama kemudian si ayah jatuh sakit. Menyedari bahawa penyakitnya tidak akan sembuh, si ayah memanggil kedua-dua orang anak lelakinya untuk disampaikan pesanan dan wasiat.

"Ayah rasa telah sampai masanya untuk ayah meninggalkan dunia ini. Sebelum itu ayah ingin berpesan kepada kamu berdua supaya menjaga ibumu dengan baik setelah ayah tiada" kata si ayah dengan suara yang terketar-ketar.

"Kedai kita yang dua buah itu hendaklah dibahagi sama rata di antara kamu berdua dan ayah ingin berpesan dua petua tentang kedai itu:
 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..