29 January 2015

Rezeki milik Allah

Ni yang selalu fikir macam ni..hati-hati jgn sampai berubah jadi syirik.
Rezeki di tangan tuhan...bukan pada aliran, bukan pada pensyarah, 
bukan pada company,& bukan pada siapa2... 
Yang tak habis belajar pun..ada yang lebih kaya dari yang ada PhD.
Rezeki milik Allah..& Allah boleh bagi..pada sapa yang Dia kehendaki..
Kita cuma hamba yang dhaif..Kita semua hamba dgn peranan masing2..
Semuanya saling bergantung..Peliharalah diri dari rasa lebih baik dari org..
huhu..

(34:39 Katakanlah, "Sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yg Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa sahaja yg kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yg terbaik.)


Peringatan utk diri sendiri juga & utk semua: 

Jadi org jgn suka merendah-rendahkan orang lain..
Kelak makan diri..Tak kemana pon..Betul Tak??

by : aweensyazwina

Penilaian Manusia

Kadang-kadang aku terfikir..
Mengapa manusia lebih suka menghakimi seseorang sebelum menilainya..
Lebih mudah membuat keputusan tidak menggunakan akal..
Hanya mengikut hawa nafsu semata-mata..
Yee..faham..kekadang aku juga pernah berfikir tidak menggunakan akal..
Tapi disaat aku berfikir tidak menggunakan akal..
Selepas beberapa saat aku sudah menyesali & mengakui kesilapanku..
Sebab apa??
Sebab Allah sentiasa ada..
Percayalah...bahawa Allah sentiasa ada tika suka & duka..
Disaat ini lah..syaitan suka mengambil kesempatan..
Korang mesti boleh juga berfikir menggunakan akal kann..
Dengan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama..
Dengar ea..
Manusia yang paling bijak ialah..
Manusia yang selalu melihat & mengakui kesilapan diri sendiri..
Ea..aku selalu mengaku kesilapan pada diri sendiri..
Terima kasih Ya Allah..sentiasa bersama hambamu ini..

Ok..sudah habis bermadah pujangga..sebab nak jadi penulis xberbakat..jadi pena di blog je la..next update..wait..

by aweensyazwina

26 January 2015

Sahabat

Jgn menuntut kesempurnaan dlm persahabatan,
kerana kita hanya manusia biasa yang masih mencari kesempurnaan daripadaNya..
Terimalah segala kekekurangan,
Jgn jadikan kekurangan satu penghalang.
Hargailah setiap kelebihan,
Semoga kelebihan yg ada boleh dikongsi oleh semua.
Duhai sahabat.
Jgn lepaskan tanganmu agar kita bisa bersama menuju syurga ilahi,
Bersama menempuhi ujianNya menghadapi bersama,
Jgn biarkan aku hanyut dalam arus dunia yg penuh cabaran ini.
Sahabat sejati akan bersama tika susah & senang.



Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam..
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam..
Esok kita terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan..
Hari-hari mendatang kita akan terus berkawan kerana kita ada azam..
Tapi, andai esok tiada lagi, kita tetap kawan..
Kawan selamanya dalam kenangan..


**mood nak bermadah (jgn tegur)..hihi..saja nak share..sbb pernah terjadi pada diri ini & juga kwn2..

by aweensyazwina

23 January 2015

Ku Pendam Sebuah Duka

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...


Ku Pendam Sebuah Duka ~ Khatijah Ibrahim
Ok..sesaja je taw..tiada kena mengena dhn sesapa taw..wee..

21 January 2015

Buat Kaum Hawa & Diri Ini

Dari tak pakai tudung, Mula memakai tudung.
Dari tudung singkat, Mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung, Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah, Mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dengan baju, Mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka, Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara-mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan-kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih

2 January 2015

Selamat Tahun 2015

Simpan elok-elok memori 2014
Buka lembaran baru untuk 2015
Semoga ianya memberi sinar kehidupan lebih indah dalam hidup ini
Meneruskan langkah kehadapan untuk terus maju
Jadikan kenangan silam untuk kita lebih kuat,
dalam menempuh kehidupan yang penuh ranjau
Pengalaman mendewasakan kita
Supaya lebih berhati-hati dalam setiap keputusan dan tindakan
Tetapi perlu di ingat,
setiap apa yang dilakukan perlu disertakan dengan niat yang betul
Niat kerana Allah yang Maha Esa
Selalu bersyukur dengan apa yang kita ada
Semoga hidup lebih diberkati dan dirahmati
Sekian sahaja luahan/madah pujangga dari aween_syazwina
 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..