Para ulama selalu mengingati agar kita selalu ikhlas dalam beramal termasuk
dalam belajar. Ilmu semakin mudah diraih jika disertai dengan ikhlas. Ilmu
semakin jauh dari kita jika yang diharapkan adalah pujian manusia dan redha
selain Allah.
Sesungguhnya ikhlas dalam beramal
adalah syarat diterimanya amal dan cara mudah mencapai tujuan. Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا
لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh
kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam
(menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan
menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (QS. Al
Bayyinah: 5).
Dari ‘Umar bin Al Khottob,
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الأَعْمَالُ
بِالنِّيَّةِ ، وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Setiap amalan tergantung pada
niatnya dan setiap orang akan mendapatkan yang ia niatkan.” (HR. Bukhari
no. 54 dan Muslim no. 1907).
Abu Bakar Al Marudzi berkata,
“Aku pernah mendengar seseorang bertanya pada Abu ‘Abdillah -yaitu Imam Ahmad
bin Hambal- mengenai jujur dan ikhlas. Beliau pun menjawab,
بهذا ارتفع القوم
“Dengan ikhlas semakin mulia
(tinggi) suatu kaum).”
Guru kami, Syeikh Sholih bin
‘Abdullah bin Hamd Al ‘Ushoimi -semoga Allah sentiasa menjaga dan memberkati
umur beliau- berkata bahwa ikhlas dalam belajar agama (ilmu ad-deen) jika
diniatkan:
1- Untuk menghilangkan kebodohan dari diri sendiri.
2- Untuk menghilangkan kebodohan dari orang lain.
3- Menghidupkan dan menjaga ilmu.
4- Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Contoh dari ulama masa silam (ulama
salaf), mereka selalu khawatir luput dari sifat ikhlas ketika belajar. Mereka
sudah berusaha mewujudkan ikhlas tersebut dalam hati mereka. Namun untuk
mengklaim, telah ikhlas, itu amatlah sulit. Sehingga dalam rangka wara’
(kehati-hatian), mereka tidak menyebut diri mereka ikhlas.
Hisyam Ad Dastawa-iy rahimahullah berkata,
والله ما أستطيع أن
أقول: إني ذهبت يوما أطلب الحديث أريد به وجه الله
“Sungguh aku tidak mampu berkata:
aku telah pergi mencari hadith pada satu hari untuk mencari wajah Allah.”
Imam Ahmad ditanya, “Apakah engkau
telah menuntut ilmu kerana Allah?” Jawab beliau,
لله! عزيز, ولكنه شيء
حبب إلي فطلبته
“Kerana
Allah! Itu perkara besar (agung), namun aku berkeinginan kuat untuk terus
meraihnya.”
Oleh kerananya, siapa yang luput
dari ikhlas, maka ia telah luput dari ilmu dan kebaikan yang banyak. Sehingga
ikhlas inilah yang mesti diperhatikan dalam setiap perkara yang nampak ataupun
yang samar, yang tersembunyi atau yang terlihat.
Karena itu, kita harus terus
berusaha memperbaiki niat. Sufyan Ats Tsauriy berkata,
ما عالجت شيئا أشد علي
من نيتي لأنها تتقلب عليَّ
“Aku tidaklah pernah mengubati
sesuatu yang lebih berat daripada memperbaiki niatku. Kerana niatku dapat terus
berbolak-balik.”
Sulaiman Al Hasyimiy berkata,
“Terkadang ketika aku mengucapkan satu hadits saja, aku membutuhkan niat.
Setelah aku beralih pada hadith yang lain, berubah lagi niatku. Jadi, memang
betul menyampaikan satu hadits saja butuh niat ikhlas karena Allah.”
Semoga Allah beri kita hidayah untuk terus ikhlas
dalam belajar dan beramal. Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.
|
No comments :
Post a Comment