8 June 2013

CINTA Seorang Pemuda Terhadap Wanita

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya,cantik betul. Sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul....sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan dot dot dot tu sampai bila-bila...takut nanti dibakar api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

Saya suka sangat tgk body teman wanita saya...solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dgn Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok...nanti awak sakit saya yang susah hati...bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuh..berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya-Allah, ampunkanlah kami...semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya,di syurga nanti.Amin...

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

No comments :

Post a Comment

 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..