31 December 2014

My Birthday (31121989)

Alhamdulilah pada hari ini (31122014), 
genap umurku 25 tahun.
Tp esok (01012015)
dah nak 26 but i still 25 lg OK..hihi..
alhamdulilah3x..Allah telah memberi peluang kepadaku
untuk bernafas kembali sehingga kini.
Terima kasih kepada ibuku yg telah berjaya
membesarkan diriku sehingga success.
Kpd ayahku yang memberi dorongan dan sokongan sehingga kini.
Buat ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan
menjadi tulang belakang kepadaku sehingga ke hari ini.
Buat sahabat taulan yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku
dan sudi untuk menjadi teman kepada diriku ini.
Buat kekasih hati yang sentiasa ada ketika susah & senangku,
insyaAllah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua
kerana setia bersama dgnku dan menjadi sebahagian
daripada hidupku sehingga ke hari ini.
Mungkin kita boleh melakar satu sejarah pada hari ini
& perlu untuk membuang kisah lampau jauh-jauh
untuk meneruskan kehidupan ini.
Tiada yang dapat perlu ku ungkapkan hanya ucapan
Terima kasih & alhamdulilah kepada maha esa
kerana memberi peluang untukku sehingga ke hari ini.

Syukur Alhamdulilah..

29 December 2014

Sejenak

Jangan jadi muflis akhirat kerana status di facebook.
Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya orang muflis ialah yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat, namun ia pernah memaki orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini .. maka diambil sebahagian daripada pahalanya untuk orang ini, sebahagian pahalanya untuk orang ini...apabila pahalanya telah habis sebelum terpenuhi semua hak orang lain, maka diambil dosa-dosa orang lain lalu dibebankan kepadanya, selanjutnya ia dilemparkan ke dalam neraka." (Muslim)
~~ Ustaz Umar Muhammad Noor

3 November 2014

Syukur Alhamdulilah

Syukur Alhamdulilah..
Thank you for today, yesterday, tomorrow MAK ABAH. 
My FAMILY, my joys, my sorrows for all that made me stronger.

Sometimes, Allah gives you bitterness in this life
so, that yo can further enjoy the sweetness of the hereafter.

22 September 2014

Coretanku

Lama entry xtulis blog..
weekend dah jarang ada di rumah..
Always busy..busy..& busy..haha..(poyo jekk)
Mggu lepas entry ke pantai timur..
Miggu ni entry akan ke utara pila..
Berjalan saje je kejenya..
yessss.. i like travel..because can get more experience..(ececeh)
kalo banyak duit boleh saja travel selalu..boleh relax & chill kan..
ok..stop..nak continue buat kerja..
bye2..ada masa nanti akan di update lagi...
Kita memang suka update sikit2..haha..

24 June 2014

Coretanku

Alhamdulilah3x..
tamat sudah exam @ last paper utk yg terakhir & as final year student..
tetapi tidak bermakna tamatnya utk mendapatkan ijazah..
selagi FYP belum settle uollss..
insyaAllah bln 7 ni bakal tamatlah pengajian aku di UKM..
pray for me and my friends..ok..
chayokkk..

kdg2 mulut sgt hebat berbicara dgn menyampaikan mesej yg bernas..
kdg2 perbuatan kita tdk seiring dgn percakapan yg diutarakan..
lumrah manusia hidup di dunia ini tiada yg sempurna..
ada kekurangan & kelebihan tersendiri..
oleh itu,
berfikirlah dgn menggunakan akal, bkn dgn perasaan..

sekian, utk hari ini..
next update..wait k..



21 June 2014

Coretan Hatiku

Assalamualaikum semua..
diharap ceria selalu..
lama aku x update blog..
almaklumla..bz dgn pelbagai hal-hal..
hari ni cak menulis sikit..
ceh bkn pakai pen pon..taip je pon..tu pon mls..
haha..why u know me?
actually, aku ni xbp suka update kat media sosial(fb, insta, wechat @ apa-apa la)..
aku suka update kat blog..
kat blog xramai sgt nak membacanya..
apa-apa pon tiada kena mengena dgn sesapa pon ea..
semangat utk last paper ni..
study? mood? eh..nak study pon perlu ada mood ke..
poyo je aku ni..
tp mungkin xda mood sbb aq ni tgh bleeding..
aritu buat scaling kat PK..
tup..tup..tup..esok, bleeding..pening woo..sbb drh bnyk keluar..
nak mkn pon xda selera je..
tp tu semua dugaan buat aku..
Allah sygkan aku..tu yg aku kena uji..
hope masalah bleeding aku ni boleh stop befor 23.06.2014..
sbb slps tu aku nak exam..
nak study la uolls..
eh..kite sbnrnya xsabo la nak menyambut bulan ramadhan..
bulan julai ni dengan izinNya aku bkl menamatkan ijazah ku..
FYP???
dah siap ke..
almost 60% done..korg doakn aku ea..
doakan aku boleh grade tahun ni juga..
aku doakan rakan-rakan seperjuanganku berjaya dan boleh grade sesama..
sebenarnya sedih juga ni..
sedih?? kenapa??
haha..
sedih la nak tinggalkan UKM..hihi(poyo je)
selama 3 tahun pengalaman di UKM weyh..ada suka..duka..dan mcm2 lagi la..
dalam tawaku ada tangisan..dalam suka ada sendu..(eh..xyah nak madah berhala sgtlah aku ni)
semoga Alah memberikan kekuatan & mempermudahkan segala urusanku..
Ok..sekian coretan hatiku ini..
next update..wait...

1 June 2014

Aku Jurugambar Muslim?

bukan senang..
utk mendapatkan sumber pendapatan
yang halal mengikut syariah islam..
pelbagai cara & adab diperlukan utk mendapat hasil yg baik..
apatah lg sbg kerjaya dlm bidang jurugambar & sbgnya..
utk hr ini sy nak share sikit mengenai kerjaya dalam bidang jurugambar..

Jom semak adab menjadi seorang jurugambar muslim yang patuh syariah 
credit to Telaga biru

26 May 2014

Indahnya..

Setiap hari, berdoalah semoga Allah mmpermudahkan urusan-urusan kita. 
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.

Luahan rasa hatiku ini pada ptg hari (cewahhh)..tiba2 rasa nak menulis..
Dunia itu benar dan ia akan tggalkan kita, akhirat itu benar dan ia akan kita tempuhi, syurga itu benar dan neraka itu benar, stiap saat kita dberi pilihan, samada kanan atau kiri, pilih la jalan yg sbaik2nya agar kita perolehi kmenangan...
Allah yg sentiasa ada ketika suka & duka ku..dikala manusia tidak dapat menerima kekurangan kita, tapi ingatlah bahwa ALLAH sentiasa bersama hamba-hambanya..jgn pernah utk berhenti berdoa & meminta padaNya..jika hati kita berbolak balik @ tdk pasti dgn keputusan yg akan dibuat..percayalah & mintalah pendapat daripadaNya yg satu iaitu Allah..
yakin lah dgn janji ALLAH..sesungguhnya janji Allah itu pasti..
kita ingin memiliki cinta dari hambanya...tetapi sudahkah kita memperolehi cinta dari penciptanya yang suci dan abadi..ingatlah bahawa cintai Allah lebih drpd segalanya pasti kehidupan kita akan bersinar bak rembulan yg bercahaya (wah madah pujangga aku ni..hihi)..
Allah tidk akn uji seseorg hambanya melainkan ia mampu mengharungi dugaan tersebut..perbanyakkanlah bersyukur awin..jgn nak mengeluh shj..
aku yakin sgt pada diriku ini dgn  kebahagiaan akan tiba jika berusaha, berdoa dan meminta padaNya..kehidupan+pengalaman banyak memberiku erti kehidupan yg sebenarnya..dalam kesibukan dunia yg kita kejar, jgn dlupa akhirat jua kita harus kejar bersama..
Hidup x penah lari dr dugaan.. Dugaan itulah yg mengajar erti kematangan.. Dan menyedarkan kita bahawa Allah sentiasa ada dan syg diri yg kerdil ini..
aq suka ungkapan ini..
"kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa rahmat, 
kasih & cinta Allah tiada tandingannya.."
Allahuakbar..
semoga Allah tetapkan hati ku ini tanpa membolak-balikkannya..
aku akn berusaha sedaya upaya utk merebut syurga jannah mu..amin..
tolong ingatkan aku, tika aq terlupa utk menyebut namamu..
Cukuplah allah bagiku sbg plindung..
sebaik-baik penjaga..
sebaik-baik peNolong..
ok setakat ini madah pujangga blog pd hr ni..
see next time k..
Assalamualaikum..

24 May 2014

13 Rahsia Solat

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &    Nakir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” 
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain..


Tips kecantikan wajah

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
  • Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
  • Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

19 May 2014

Artikel - Jalan Yang Perlu Ditempuh

Hari ini entry rasa nak kongsikan sesuatu yang berada dlm kehidupan sekeliling dan kehidupan aku juga.. 
artikel ni entry ambil dari sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/9587-jalan-yang-perlu-ditempuh.html#

Kelemahan dan ketidakupayaan diri dalam menyelesaikan masalah-masalah yang menghimpit hidup tidak seharusnya menjadi sebab untuk meranapkan tangga-tangga harapan bagi mengecap masa depan yang lebih cerah. Lemah tidak menandakan kita perlu putus asa walaupun berasa diri sudah kehilangan makna bagi meneruskan hidup anugerah Allah ini. Sekiranya persepsi begitu diprogramkan dalam benak, senang sekali cara penyelesaiannya. Tiadalah wujud istilah ‘berjuang’ dan ‘jihad’ dalam kamus kehidupan seseorang muslim. 

Seandainya seseorang itu mempunyai kematangan dalam bereaksi

13 May 2014

Maaf

Jika berdebat hebat mana sekalipon..
bukan boleh buat hati menjadi tenang..
malah, rasa sakit hati jee..
Oleh itu,
meminta maaflah..
maafkanlah..
setiap kali sebelum tidur..
insyaAllah hati menjadi tenang..
berdoa banyak2..
meminta ampun kepada-Nya..
Maafkan kesilapan saya..
saya hanya insan yang kerdil...

7 May 2014

Damba Kasih - Inteam

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku

Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah
nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

6 May 2014

Picture - Motivation

And don't forget, failing at something is often the first, not the last step!

Sayang Mak

korang ingat takk????
dulu masa kita kecik2 kita sentiasa dibawa oleh mak kita berjalan-jalan ke sana ke sini..
mak tak malu pon bawa kita biarpon kita berak, kencing, menangis, dan semua la..
sebab mak terlalu syg kan kite..
sebab kite amat bernilai dimatanya..
tapi..
kite malu bawa mak bersiar-siar?? 
sebab ap?? 
mak dah tua?? 
takut dikata oleh kawan2??
tapi kite rela bawa org yg tiada ikatam yg sah bersiar-siar daripada mak kita kan?? 
ad lg.... 
kdg2 kite sentap ngan mak?? 
pasal ap?? 
mak pilih kasih?? 
mak xbg ap2 yg kita nak?? 
tp kite ni yg ada akal fikiran & belajar tinggi2 boleh fikir dengan waras.. 
hargailah ibu kite selagi ianya masih bernafas.. 
sbb doa mereka sangat mustajab.. 
marilah kita muhasabah diri sendiri..
apepon sy syg mak saya ketat2.. 
happy mothers day mom.. 
always ur days mom..
muaahhhh...

17 April 2014

Tips untuk mudah bangun malam

InsyaAllah, sama-sama kita mula amalkan, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk beribadat kepadaNya..Ameen

28 March 2014

Sahabat


Bila ada sahabat yg menceritakan kesedihan dia pd kita, 
bukan bermakna dia meminta simpati pd kita, 
tapi kerana dia ingin melepaskan kesedihan dia pd kita, 
disitulah juga dia mengenal siapa kwn yg dia anggap 
SAHABAT..

26 March 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Takkanku biarkan walau ribut 
Menyentakmu yang tidur...
Datang petir menyambar
Jengking dan ular...
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja...
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa...

Kan ada satu ketika... 
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata...
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada...
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa...
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta...
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada...
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta...
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa...

24 March 2014

Pray for MH370

#Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa MH370 diatas ujian yang telah diberikan. Semoga tabah menanti segala ketentuan dan keputusan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, ttp percayalah kuasa Allah sgt hbt dan tiada tandingannya dan tawakal lah dgn kekuasaaannya. Berdoa dan terus berdoa semoga Allah memberi pertolongan kepada kita semua.  Allah inginkan umatnya sentiasa tunduk padaNya. Oleh itu, diberi ujian yg sehebat ini. Perbanyakkan selawat, zikir membaca al-quran. Dari Allah kita datang. Kepada Allah jua kita kan kembali. 

Al-Fatihah.
1:1 In the name of Allah, the merciful and compassionate
1:2 Praise be to Allah, Lord of the worlds
1:3 The merciful and compassionate
1:4 Ruler of the day of judgment
1:5 [It is thee] we serve and [it is thee] we implore for help
1:6 Guide us to (or show us) the path of the straight (i.e., righteous)
1:7 Path of those whom you favor, not those who anger you and not those who have gone astray
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

28 February 2014

Renungan Untuk Diriku..

•✿ Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA       
PECIKKAN API NERAKA.

•✿ Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.

•✿ Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...


p/s: Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki TETAPI untuk seorang lelaki yang bernama SUAMI


insyaAllah ingin jd seperti ini..doakan sy..

23 January 2014

Artikel - Fesyen, Teknologi Bergabung

Boleh dikatakan, tahun 2014 bakal membawakan lebih banyak istilah penggunaan ‘peranti boleh pakai’ atau ‘wearable technology’ yang membawa gelombang baru dalam industri teknologi di dunia.
Istilah peranti boleh pakai ini merujuk kepada teknologi elek­tronik atau komputer yang dimasukkan dalam kategori fesyen pakaian dan aksesori yang selesa dipakai pada badan.
Peranti boleh pakai ini berupaya melakukan banyak tugas peng­komputeran sama seperti telefon pintar dan laptop, namun dalam beberapa senario, ia mampu
me­ngatasi kebanyakan peranti mudah alih yang biasa kita gunakan setiap hari.
Teknologi peranti boleh pakai lebih cenderung untuk menjadi canggih daripada teknologi peranti dalam tangan seperti telefon di pasaran hari ini memandangkan fungsinya yang boleh memberikan ‘deria’ dan mengimbas badan yang tidak biasa dilihat dalam telefon pintar dan laptop.
Misalnya, ‘biofeedback’ dan fungsi pengesan fisiologi yang digunakan dalam sektor kesihatan. Secara amnya, peranti boleh pakai akan mempunyai beberapa bentuk keupayaan komunikasi dan membolehkan akses kepada pemakai­nya bagi mencapai maklumat dalam masa nyata atau sebenar.

Keupayaan input data menjadi antara ciri utama peranti sedemikian seperti simpanan domestik.

Contoh lebih dekat peranti boleh pakai termasuk jam tangan, cermin mata, kanta sentuh, e-tekstil dan fabrik pintar serta topi.

Tidak terhad, ia turut merang­kumi barang kemas seperti cincin, gelang dan alat bantuan seperti alat pendengaran yang direka untuk kelihatan seperti anting-anting.

Meskipun peranti boleh pakai cenderung untuk merujuk kepada barang yang boleh disenaraikan tadi, terdapat konsep versi yang lebih inovatif seperti peranti yang diimplan.

Misalnya, mikrocip yang memperluaskan definisi peranti boleh pakai kepada alat yang dipakai atau dimasukkan dalam badan.

Sehingga kini, tujuan teknologi peranti boleh pakai lebih kepada mewujudkan akses berterusan, mudah, lancar dan mudah alih kepada elektronik dan komputer.

Implikasi dan kegunaan keba­nyakan alat ini boleh mempengaruhi bidang kesihatan dan perubatan, kecergasan, penuaan, kurang upaya, pendidikan, pengangkutan, perusahaan, kewangan, permainan dan muzik.

Matlamat teknologi peranti boleh pakai dalam setiap bidang terbabit lebih kepada menggabung­kan produk elektrik yang berfungsi dengan lancar, elektronik, mudah alih dan mempunyai sifat komputer dalam kehidupan seharian individu.

Sebelum kehadiran mereka dalam pasaran pengguna, peranti boleh pakai sudahpun digunakan terutama dalam bidang teknologi ketenteraan dan memberi implikasi yang paling besar untuk kesihatan dan perubatan.

Malah dalam 10 tahun yang lalu, jurutera perubatan sudah memulakan serta mengiktiraf peranti boleh pakai bertujuan memantau kesihatan pesakit dalam bentuk ‘melekatnya’ atau menjadikannya pakaian bertujuan untuk memantau tanda penting sebelum menghantar maklumat biofeedback ke stesen hab dalam masa sebenar.

Walaupun peranti dipakai berpotensi mempunyai kesan dalam bidang kesihatan dan kecergasan, teknologi terbabit sebenarnya menjanjikan impak besar ke atas permainan dan hiburan.

Realiti tambahan dan teknologi peranti boleh pakai mampu disepadukan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih realistik dan mendalam pada masa nyata.

Konsep ini tidak semesti­nya baru, ditambah realiti melalui penggunaan peranti boleh pakai telah dibincangkan sejak akhir 1990-an apabila beberapa jurutera berjaya menghasilkan prototaip daripada teknologi besar seperti cermin mata dan beg galas.

Jika reka bentuk dalam telefon bimbit dan kamera digital pada masa ini dianggap teknologi moden, maka petunjuk untuk masa depan pastinya kini terarah kepada peranti boleh pakai yang berupaya mengubah fesyen dan digabungkan dalam teknologi.

Ia jelas sudah terbukti dengan pembangunan peranti pintar baru, Google Glass yang mempunyai reka bentuk ringan. Oleh kerana potensi dalam bidang ini terus berkembang, kesan peranti boleh pakai dalam sosial dan budaya jelas akan berubah.

Melihat keberkesanan teknologi seperti telefon pintar, iPod dan tab­let yang mengubah landskap teknologi dan sosial pada skala global, tidak mustahil teknologi peranti boleh pakai akan menjadi fenomena biasa di dunia.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07, Sumber Oleh : Afiq Hanif

16 January 2014

Tamat Latihan Industri

Assalamualaikum semua kaum muslimin & muslimat yg dirahmati Allah selalu..

Syukur Alhamdulilah kepada Maha Pencipta..
Tamat sudah latihan industri di syarikat Kalis technology..
5 bulan masa berlalu dengan pengalaman beserta kenangan manis & pahit..
Tahniah juga diucapkan kepada kawan2 yang turut tamat untuk latihan industri sesi ini..
Tetapi..
Aku masih lagi di syarikat ini membuat part time sehingga akhir bulan januari ini..
Terima kasih semua warga kalis yang telah menerima kehadiran diri ku ini (cehhh..ayat xnak kalah..saje drama..haha)..banyak pengalaman & tunjuk ajar yang diberikan selama menjalani latihan..
Selepas ini, aku akan bergelar seorang pelajar kembali..
Doakan kejayaan aku beserta rakan-rakanku yang disayangi..
Boleh fikir utk ber'FYP' pula..

Ok..sekian, terima kasih..
aweensyazwina

14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

..Mari berselawat..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ      Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا    Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ  Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ    Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ      Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي   Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ   Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ    Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ    Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد  Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ         Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ       Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ      Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ   Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ    Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى  Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا   Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ    Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ      Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد   Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ  Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya..

13 January 2014

Club Laser Online Supplier

Party will not be fun without club laser. Night club will also look plain and dull without the spectacular impression shown on laser light. Laser light can give such important usage. People can feel so much entertained to be in a fun place that lighting is designed to give fun impression. Therefore, laser light is always employed in a spectacular event. On a big stage, laser can also give a better drama. The art performance on stage will look so much dramatic with the right laser lighting. A show on fashion or many others will also look cool with laser lighting. In clubs and parties, club laser is definitely a must supplied feature.

Artikel - Mengurus perbezaan agama, bangsa


Hakikatnya, manusia berbeza-beza dari segi bangsa, jantina, agama dan budaya. Al-Quran menyebut perbezaan ini sebagai satu daripada tanda keagungan Allah SWT bagi mereka yang sentiasa berfikir mengenai kebesaran-Nya (Ali Imran, 190). Di samping makna kerohanian, kepelbagaian kaum juga mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Ia boleh menjadi faktor kemajuan dan kehebatan sesebuah negara. Tidak kurang juga menjadi faktor pemusnah dan kesengsaraan sekiranya ia tidak diurus dengan baik. Sri Lanka misalnya menghadapi perang saudara selama 25 tahun, kerana perbezaan agama dan bangsa. Begitu juga di Rwanda antara puak Hutu dan Tutsi pada 1994 dan perang Bosnia pada 1992 dan baru-baru ini masyarakat Islam Rohingya turut menjadi sasaran penindasan agama dan bangsa di Myanmar. Dari segi komposisi penduduk, Malaysia tidak jauh beza dengan negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk. Tapi perkara seperti itu tidak berlaku. Antara faktor utamanya ialah kebijaksanaan pemimpin terdahulu yang terdiri pelbagai kaum dan agama. Mereka berjaya mencipta formula bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

11 January 2014

Mana Mak???

MANA MAK .....
" Before baca, sila sediakan Tisu " :)

Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak,


“Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



10 January 2014

Tazkirah Jumaat

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali, Ia akan menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)

9 January 2014

Lemah Lembut Sifat Mulia

Garang, bengis, kasar, bahasa kesat dan suara yang tinggi, sudah semakin lumrah.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Lembut, yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu lemah lembut dan tenang”. (HR. Muslim)

Allah berfirman, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalam, dan bahagian dalam dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT menyediakannya untuk orang yang suka memberi makan orang miskin, orang yang lembut dalam berbicara, orang yang suka berpuasa dan orang yang mengerjakan solat di malam hari waktu manusia lain sedang tidur”. (HR. Tirmidzi)

Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah SAW berkata dalam khutbahnya, "Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan bertindak mengikut hukum. Keduanya,orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim. Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta- minta". (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.
 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..