23 January 2014

Artikel - Fesyen, Teknologi Bergabung

Boleh dikatakan, tahun 2014 bakal membawakan lebih banyak istilah penggunaan ‘peranti boleh pakai’ atau ‘wearable technology’ yang membawa gelombang baru dalam industri teknologi di dunia.
Istilah peranti boleh pakai ini merujuk kepada teknologi elek­tronik atau komputer yang dimasukkan dalam kategori fesyen pakaian dan aksesori yang selesa dipakai pada badan.
Peranti boleh pakai ini berupaya melakukan banyak tugas peng­komputeran sama seperti telefon pintar dan laptop, namun dalam beberapa senario, ia mampu
me­ngatasi kebanyakan peranti mudah alih yang biasa kita gunakan setiap hari.
Teknologi peranti boleh pakai lebih cenderung untuk menjadi canggih daripada teknologi peranti dalam tangan seperti telefon di pasaran hari ini memandangkan fungsinya yang boleh memberikan ‘deria’ dan mengimbas badan yang tidak biasa dilihat dalam telefon pintar dan laptop.
Misalnya, ‘biofeedback’ dan fungsi pengesan fisiologi yang digunakan dalam sektor kesihatan. Secara amnya, peranti boleh pakai akan mempunyai beberapa bentuk keupayaan komunikasi dan membolehkan akses kepada pemakai­nya bagi mencapai maklumat dalam masa nyata atau sebenar.

Keupayaan input data menjadi antara ciri utama peranti sedemikian seperti simpanan domestik.

Contoh lebih dekat peranti boleh pakai termasuk jam tangan, cermin mata, kanta sentuh, e-tekstil dan fabrik pintar serta topi.

Tidak terhad, ia turut merang­kumi barang kemas seperti cincin, gelang dan alat bantuan seperti alat pendengaran yang direka untuk kelihatan seperti anting-anting.

Meskipun peranti boleh pakai cenderung untuk merujuk kepada barang yang boleh disenaraikan tadi, terdapat konsep versi yang lebih inovatif seperti peranti yang diimplan.

Misalnya, mikrocip yang memperluaskan definisi peranti boleh pakai kepada alat yang dipakai atau dimasukkan dalam badan.

Sehingga kini, tujuan teknologi peranti boleh pakai lebih kepada mewujudkan akses berterusan, mudah, lancar dan mudah alih kepada elektronik dan komputer.

Implikasi dan kegunaan keba­nyakan alat ini boleh mempengaruhi bidang kesihatan dan perubatan, kecergasan, penuaan, kurang upaya, pendidikan, pengangkutan, perusahaan, kewangan, permainan dan muzik.

Matlamat teknologi peranti boleh pakai dalam setiap bidang terbabit lebih kepada menggabung­kan produk elektrik yang berfungsi dengan lancar, elektronik, mudah alih dan mempunyai sifat komputer dalam kehidupan seharian individu.

Sebelum kehadiran mereka dalam pasaran pengguna, peranti boleh pakai sudahpun digunakan terutama dalam bidang teknologi ketenteraan dan memberi implikasi yang paling besar untuk kesihatan dan perubatan.

Malah dalam 10 tahun yang lalu, jurutera perubatan sudah memulakan serta mengiktiraf peranti boleh pakai bertujuan memantau kesihatan pesakit dalam bentuk ‘melekatnya’ atau menjadikannya pakaian bertujuan untuk memantau tanda penting sebelum menghantar maklumat biofeedback ke stesen hab dalam masa sebenar.

Walaupun peranti dipakai berpotensi mempunyai kesan dalam bidang kesihatan dan kecergasan, teknologi terbabit sebenarnya menjanjikan impak besar ke atas permainan dan hiburan.

Realiti tambahan dan teknologi peranti boleh pakai mampu disepadukan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih realistik dan mendalam pada masa nyata.

Konsep ini tidak semesti­nya baru, ditambah realiti melalui penggunaan peranti boleh pakai telah dibincangkan sejak akhir 1990-an apabila beberapa jurutera berjaya menghasilkan prototaip daripada teknologi besar seperti cermin mata dan beg galas.

Jika reka bentuk dalam telefon bimbit dan kamera digital pada masa ini dianggap teknologi moden, maka petunjuk untuk masa depan pastinya kini terarah kepada peranti boleh pakai yang berupaya mengubah fesyen dan digabungkan dalam teknologi.

Ia jelas sudah terbukti dengan pembangunan peranti pintar baru, Google Glass yang mempunyai reka bentuk ringan. Oleh kerana potensi dalam bidang ini terus berkembang, kesan peranti boleh pakai dalam sosial dan budaya jelas akan berubah.

Melihat keberkesanan teknologi seperti telefon pintar, iPod dan tab­let yang mengubah landskap teknologi dan sosial pada skala global, tidak mustahil teknologi peranti boleh pakai akan menjadi fenomena biasa di dunia.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/07, Sumber Oleh : Afiq Hanif

No comments :

Post a Comment

 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..