21 January 2015

Buat Kaum Hawa & Diri Ini

Dari tak pakai tudung, Mula memakai tudung.
Dari tudung singkat, Mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung, Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah, Mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dengan baju, Mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka, Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara-mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan-kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih
dicemari dosa-dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa-apa.
Lagha sini sana.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang-kadang jatuh.
Kadang-kadang tak utuh.
Kadang-kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar.
Kadang-kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang-kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah wahai muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita.
Allah telah menjaga kita.
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita.
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam-dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan utk terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba-tiba.
Kayuh pelan-pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerana bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita (yg penting usaha),
Sebab itu lah,
Kadang-kadang,
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang-kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman pula.
InshaAllah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.
Betul..
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala(yg penting niat kerana Allah, bkn ada sbb yg lain),
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi & lagi.
Bila tersungkur, bangkit lagi & lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata apa pada kita. 
Biar saja pandangan mereka terhadap kita.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan yg kita lakukan.
Deal?
Senyum (senyum selalu).
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.("Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti.
Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini. Aku lakukan ini semua dgn niat kerana Allah bukan ada sebab lain")
Amin..
Semoga usaha yg kita lakukan, jika berniat dgn betul.
InsyaAllah..Allah akan bantu kita.
Selalu lah bersyukur terhadap nikmat yg telah dikurniakan.
Sesungguhnya aku hanya hambamu yg lemah.
Yg saling meminta dan meminta lagi kepadaMu.
Hanya Doa & usaha dilakukan utk mencari keredhaanMu.

Sekian sahaja..

Hasil nukilan dari sumber yg tdk dikenali & di olah oleh saya(aween_syazwina) semula..
Aku bersyukur kerana ada yg sudi utk berkongsi ilmu walau pon sedikit.
Aku berharap hanya PadaMu shj.
Jika rezeki kita lambat terima spt org lain.
Jgn mengalah.
Jgn gentar.
Jgn melatah.
Sabar.
InsyaAllah.
lambat atau cepat.
Allah yg tentukan.
Mungkin Allah nak hadiahkan rezeki yg lebih baik..
Selalu berdoa kpd Allah.
Semoga diberikan murah rezeki, kesihatan yg baik & dipermudahkan segala urusan.

Hanya Allah saja tempat kita mengadu.

***Maaf terpanjang pula post sy kali ini.

Saya sekadar untuk berkongsi kepada kalian semua.

aweensyazwina

No comments :

Post a Comment

 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..