6 December 2011

Artikel - Selesaikan Masalah Rakyat

50 peratus kemenangan bergantung kepada kejayaan atasi isu setempat

HUTAN MELINTANG : Separuh daripada kemenangan seseorang calon wakil rakyat bergantung kepada keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan masalah setempat kawasan yang diwakilinya.  


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jika seseorang calon gagal memperoleh 50 peratus kemenangan itu, sokongan dan kemenangan untuk pilihan raya umum akan datang tidak akan dicapai.
“Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau (calon) rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai murid Sekolah Kebangsaan Sungai Keli, di sini, semalam.

Bagi mencapai matlamat itu, Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga Naib Presiden UMNO akan memantau mana-mana bahagian yang menghadapi masalah dalaman sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


“Kita tidak mahu masalah berkenaan boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu kecundang dalam pilihan raya nanti. Masalah pada peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dalam tempoh yang segera.

“Kita sudah pun mengenal pasti UMNO Bahagian yang bermasalah dan kawasan itu akan dipantau secara berterusan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan pada pilihan raya umum nanti diharapkan tidak melakukan sebarang perbuatan mensabotaj calon yang sudah ditentukan pucuk pimpinan parti.

Katanya, ini adalah satu pendekatan baru diambil kira pucuk pimpinan untuk memilih muka baru dengan menaruh keyakinan semua pihak harus bekerjasama dalam satu pasukan bagi kemenangan parti dalam PRU 13.

“Semua ahli parti hendaklah mengambil sikap menyerahkan 100 peratus keyakinan kepada pucuk pimpinan yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon memenuhi kriteria selepas mendapat maklum balas peringkat akar umbi,” katanya.


Sumber diperolehi oleh Abu Bakar Al Sidek,
bhnews@bharian.com.my
2011/12/05

No comments :

Post a Comment

 

About Myself

I am comfident because I can admit who I am, what I've done & love myself for who I've become.

Thanks

for visiting my blog.
by Nur Syazwina

Friendship

Bila Kita Berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita..
Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita..